Monday 26 March 2012

Diet Pemakanan IBU Mengandung


Sabtu lepas saya pegi check up  & baby dah masuk 8 minggu dalam kandungan. Allhamdulillah doktor kata semua baik....baby awak berada dalam rahim…takut gak sebab sebelum nie slalu sakit-sakit kat bahagian rahim tue. Bila search kat internet, ada info yang saya baca, tue tanda-tanda mengandung luar rahim…..Syukur bila DR cakap baby berada dalam rahim & dah ada degupan jantung baby pun..…Ya ALLAH….nie rupanya perasaan menjadi seorang IBU…..tak dapat nak gambarkan. Rasa cam nak nangis bila DR cakap   “ Tgok tue ada degupan jantung baby awak”… Rindu mak kat kampung…..betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kan…

Saya sentiasa ingin memastikan yang terbaik tuk anak saya ini. Jadi untuk memastikan tubuh dan bayi berada dalam keadaan sihat walafiat, diet yang sihat dan seimbang adalah penting. ini kerana semua makanan yang kita makan akan menjadi makanan bayi kita juga. 

Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu hamil ialah:

1.     Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine andepinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yang terdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.



2.     Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.


3.     Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada bayi yang belum lahir.


4.     Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.


5.     Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.


6.     Zat Besi - amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

7.     Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

8.     Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga. Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi ketika hamil.



9.     DHA - DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi.


Kat sini saya juga nak share satu doa yg baik diamalkan buat ibu-ibu yang mengandung. 
Moga anak dalam kandungan terpelihara, insyaAllah..….

"Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"..
amin............

Sunday 25 March 2012

Si Cilik Farisha Balqis...


Tiba-tiba tringat plak kat anak menakan (anak saudara, kedah panggil anak menakan :) ) kat kampung......budakya comel sgt...bijak lak tue..geramnyer kalau tgok dia...nak cubit-cubit jer pipi dia yang bam bam tue..hehehheheh...suka sgt bergado ngan eina, tue yg asyik tringat jer kat dia tue..kadang-kadang tue garang pun yer gak .....cuba tgok gambar dia kat bawah nie...macam-macam memek muka dia wat...maksu dia la yang ajar tue..

Nie Farisha atas mama dia & sbelah tue maksu dia
Tgok tue..ish..ish...
AKSI PERTAMA

AKSI KE-2
AKSI KE-3

AKSI KE-4

macam-macam lagi suka dibuatnya....penghibur hati  tok gak kan.....tgok lak video nie, nakal tul dia.hehheh......

Bijak tul dak2 sekarang...mudah-mudahan anak saya yang bakal lahir nanti akan jadi org yang beriman, bijak, sempurna akal fikiran, elok paras rupa, elok budi pekerti....pengikat kasih sayang & penyejuk hati kami...

Antara janji Allah adalah tentang tiga perkara yang tidak terhenti kebaikannya walaupun setelah kita mati ialah doa anak  yang soleh dan solehah. Bukan berapa jumlah anak yang akan menjadi penawar buat ayah bonda yang masih hidup atau telah mati. Tapi berapa anak yang akan sentiasa sudi mendoakan kebaikan buat ayah bonda yang telah pergi mengadap Ilahi...

insya'ALLAH..mudah-mudahan AMIN..



Wednesday 21 March 2012

Istimewanya WANITA kan....




Agak-agaknya kan, korang boleh teka tak kat mana gambar nie diambil….heemmmmmm….ya betul..mesti ramai wat tekaan yang tepat kan…wanita sekarang kan bijak2..hehhehe….nie gambar kat Pasar Siti Khadijah, Kelantan…..Apa yang istimewanya tentang gambar nie??????.....apa yang saya cuba nak sampaikan melalui foto nie…cuba tgok betul-betul….peniaga kat sini di monopoli oleh orang kaum wanita??....kenapa yer????????

Kalau kita tengok trend sekarang nie....ramai dikalangan kaum wanita dah menceburi perniagaan melalui internet……semakin ramai berlumba2 mencari rezeki melalui perniagaan dan memilih untuk menjadi usahawan.  Ada antara mereka bermula seawal umur 20-an dan ada pula yang berhenti kerja untuk memulakan perniagaan…..dan yang membanggakan adalah, ramai yang Berjaya…

Jadi apa kelebihan yang ada pada  kita sebagai wanita untuk menjadi usahawan??? Jom kita tgok beberapa kelebihan yang ada kat kita yang mungkin kita tak sedar selama nie...
1. Tabah
Jika seorang suami pernah melihat isteri melahirkan anak, msti tahu kan bagaimana kuasa yang ada pada seorang wanita untuk menghadapi segala keperitan dan juga kesakitan. Begitu juga dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh bangun sesuatu perniagaan.
2. Wanita sebagai Media Sosial 

Wanita nie memang terkenal sebagai ‘natural networkers’, kita nie suka sangat berbual dan berkawan dengan ramai orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan dalam hal tersebut. Kita boleh lihat bagaimana wanita menguasai facebook dan juga twitter.

3. Sabar
Dalam situasi perniagaan hari ini, kita takkan boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. kita perlu bergerak dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang terkenal sebagai individu yang sabar.
4. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan yang dibuat  adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.


5. Multi-tasking
Wanita mudah untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat yang terbaik dalam semua bidang. Cuba tgok mak kita sendiri sudah la kan..., dia mampu memasak, mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan, menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan setiap hari. Kalau amik contoh diri saya sendiri lak sebagai seorang isteri, pengajar , pelajar (tengah final semester Master in Civil Engineering) & now tgh wat business part time...   

6. Wanita pembeli terbesar
Hanya wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka memahami kehendak dan karenah pelanggan wanita. Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya wanita memahami wanita.

Sebagai info, usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki dalam bidang perniagaan.
Jadi wahai wanita-wanita diluar sana, kita tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk kita sama2 menceburkan diri dalam perniagaan. Kita mempunyai semua kelebihan yang diperlukan yang kadang-kadang kita tak sedari. Jom cungkil potensi diri.......

Monday 12 March 2012

Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti?

Good morning all……saya nak kongsikan satu kisah yang menarik tuk dihayati & tuk dikongsikan bersama. Kisah nie berkisar tentang pertanyaan seorang ibu kepada anaknya…..sangat menarik…..why saya cakap camtue... mesti semua tertanya-tanya kan...……jom sama-sama baca kisah nie……

Kisah nyer camnie........


“ Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."



Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."



Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."


Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis.

Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datuk. Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"



Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup".

Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata.


Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah BAHUMU." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.



"Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri "



Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.



Dalam menjalani hidup kita seharian nie…..kita takkan lari dari masalah, kesedihan & kesusahan....…but....with premium beautiful bisnes nie…saya kenal ramai kawan, & paling penting leader & kawan2 yang sentiasa sudi membantu…now i have a shoulder to cry on & to share anything…....tak kira tentang business…..masalah, kesedihan or apa2 je…it change my life a lot…..


“ Just because the past is painful, doesn’t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…

Saturday 10 March 2012

Nak 9/10 or 10/10 yer...Jom Pilih


Kenapa saya buat bisnes Premium Beautiful Business Nie?????...mesti ada yang tertanya2 kan…ada kawan saya cakap kat saya “ko dah da kerja tetap..…gaji pn ok la,..…apa lagi yang tak cukup….nape ko nak wat bisnes lg???? masih tak cukup ker dengan apa yang ada” ….meh cni saya ceritakan nape saya join bisnes nie…..

Dalam hadis Nabi s.a.w ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. “9/10 datangnya rezeki adalah dari perniagaan”.  Bakinya pula adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri.

Rasanyer ramai yang tahu tentang nie.Tak kira la apa sahaja perniagaan yang dijalankan secara halal, semuanya adalah punca rezeki yg halal. Insya’ALLAH.

Yang mana satu???...saya tak wat pilihan…tapi saya wat kedua-duanya… J..9/10 daripada perniagaan, 1/10 kerja hakiki = 10/10……..

Kalau kita perhatikan dari kajian-kajian yang telah dijalankan, betul tak kalau saya katakan setakat makan gaji, memang x kan dapat nak merasa kehidupan yang lebih selesa dan bebas dari belenggu hutang….…nak guna kereta kena wat loan & berhutang dengan bank, nak ada rumah sendiri kena berhutang….boleh dikatakan hidup nie takkan lari dari hutang.


Bagi pekerja kerajaan, mesti tungu tarikh 25 hb tuk terima gaji kan, then,……. Nak bayar hutang sana-sini & sedar tak sedar duit dah habis macam tu je. Lepas tu,…… tunggu pula gaji bulan berikutnya lak.  Rutin nie akan berulang-ulang setiap bulan…….  Akhirnya simpanan pun xda.  Kalau ada pun, maybe sikit sangat & takda duit simpanan tuk masa-masa kecemasan.



Agak2 nya…..Dah brape lame kita keje makan gaji??1 thn? 5thn? 10 thn? 
Ade tak perubahan dalam hidup kita? Saya ambil diri saya sendiri la,… memang xde perubahan pun pada hidup saya setelah keje selama 5 thn ni.  Rutin yg sama, masuk kul 8 pagi balik kul 5 ptg.  

Memang bosan kan dengan rutin mcm ni.  Sebab tu la saya ambil keputusan untuk join business ni sebab bisnes nie mudah sangat. Kenapa saya kata bisnes nie mudah???…..k…kita baca kat bawah nie…...

  1. Buat Bisnes Hanya online sahaja dengan menggunakan Facebook dan juga Blogspot. Bizz hanya dihujung jari, xyah terjah pintu rumah orang.

Ye lah kan di zaman yg serba moden ni, semua org menggunakan internet. Pagi-pagi dating kerja dah buka fb, post status masing2…..pastue trend sekarang ramai yang suka sangat beli barang-barang secara online. nie xtipu punyer, kawan-kawan saya kat tempat kerja tue slalu sgt beli brg online ….ye la…..senang….tak yah penat2 p kedai….pilih barang kat online..…wat bayaran melalui maybank2u or akaun lain…pastue barang sampai dalam masa satu hari jer….sapa tak nak kan…..

Dengan dunia tanpa sempadan sekarang, kita mempunyai rangkaian kwn yg ramai diseluruh dunia melalui Facebook, Blog, dan laman-laman social yang lain.
Facebook…majority yang ada akaun kan…anak sedara saya yang skolah rendah tue pun ada akaun ..heehhe
  
 
Buat Blog kita dengan percuma

Saya buat business ni dengan hanya kongsikan kebaikan premium beautiful corset dengan kawan-kawan melalui Facebook dan blog saya nie! senangkan!!

Siapa sangka hanya dengan promosi kat Facebook & blog je saya boleh jual Premium Beautiful Corset & generate side income ribu-ribu.  Alhamdulillah….

  1. Mendapat bimbingan Leader-leader yang hebat.

Tak perlu takut nak wat bisnes nie….. semua tu adalah masalah utama kita kan. Macam-macam persoalan timbul kat otak kita mcm..."Boleh ke aku berniaga?"

"Boleh jual ke barang ni??""Aku ni pendiam, xreti nak ckp utk promote brg, boleh ke aku citer kat org"Dan byk lagi...bla..bla..bla...


Kita ada leader2 yang hebat yang sentiasa sudi membantu…..setiap pertanyaan tadi…ada jawapannya…..

 i. Hanis Haizi

Hanis Haizi yang dulunya adalah surirumah…kini mampu memegang income 6 angka….dan sekarang membantu setiap dari kita jadi seperti dia…..sapa tak nak jadi macam Hanis Haizi kan….

ii. Nur Faziha Fauzi

My Old Friend masa blaja kat KUiTTHO dulu…sama2 blajar Civil Engineering..….tak sangka….dalam masa dua tahun….mampu mengubah hidup dari seorang Pensyarah kepada seorang Bussines Women yang Berjaya dengan income 5 angka.…dalam masa 2 tahun gak saya follow blog fazi nie…...akhirnya…tahun 2013, trus wat keputusan….join biz ngan Fazi….saya yakin,..jalan yang saya pilih nie betul….dengan bimbingan leader yang hebat seperti fazi.


 iii. Nur Zuraida Bt. Buang

Seorang guru yang kental….selepas 2 bulan wat bisnes..mampu memiliki kereta Honda City….wowww….bestkan……



TAKUT? KURANG YAKIN?

Rasa TAKUT itu adalah normal bg manusia.


Tetapi percayalah.....Memang boleh buat business ni......mudah sgt!

"Bile kite sentiasa YAKIN, RUJUK pemimpin, BULAT HATI dengan pemimpin, TAK PUTUS ASA, CONFIRM JADI….

 Saya tahu ramai yg luar sana yg nak buat side income, nak dpt extra income utk family. Siapa yg xnak hidup senang, sapa xnak bebas dari beban hutang kan.
Hutang PTPTN atau MARA @ JPA, Hutang Kredit Kad, Hutang Kereta, Hutang Rumah samaada beli atau sewa dan banyak lagi….... tu belum masuk sekolah anak, taska anak, susu anak, pampers anak.  Bole botak kepala nie memikirkan..…hehhehheheh

Kalau nak harapkan gaji semata-mata memang xcukup la dengan keadaan sekarang ni. 

 Walaupun kerajaan baru jer umum kenaikan gaji 13%...tapi dalam masa yang sama harga petrol naik, semua harga barang turut naik sama…so..masih tak tercover segala kenaikan tuuu


Daripada kita dok merungut-rungut degan kerajaan tentang semua kenaikan minyak, barang keperluan. Kenapa kita tak mulakan dengan diri kita iaitu jom kita cari income lebih dengan Premium Beautiful business.



Jom, marilah kita berusaha mencari income lebih. Insyaallah, ada rezeki bagi yang berusaha untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Insyaallah.


Jom bersama saya merebut peluang nie…jalan dah ada…just follow the leader…

JOINT ME…

eina
012-5800524 



Friday 9 March 2012

Premium Beautiful Corset Cara Pakai



(1) LONG GIRDLE



1. Lipat bahagian kaki girdle dalam 2-3 lipatan.

2. Sarungkan seperti memakai seluar.Turunkan lipatan kaki girdle yang dilipat tadi.
3. Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas.
4. Betulkan kedudukan supaya tidak melecet dan selesa.

Note:-
Pastikan girdle terletak selesa di antara celah peha untuk mengelakkan peha melecet.

(2) LONG BRA 




1. Tunduk dalam posisi 90 darjah dan sarungkan long bra ke badan

2. Lekatkan cangkuk di bahagian belakang mulai dengan cangkuk paling bawah dan cangkuk paling terkeluar (If u can reach the last hook, that means, the long bra is not ur size and u hafta get smaller size)
3. Tunduk dalam posisi 90 darjah dan masukkan lebihan lemak di bahagian belakang ke dalam cup bra.
4. Betulkan tali bra supaya selesa.
5. Betulkan kedudukan bra.


Note:- 
Kalau ada yang bermasalah pakai sendiri, boleh cuba ambil kain batik dan cangkuk daripada bahagian depan. Dah siap cangkuk kesemuanya, barulah pusing long bra ke kedudukan sebenar. Then, sambung dengan step 3-5 di atas


(3) WAIST NIPPER




1. Pastikan rama-rama diamond di bahagian atas dan di tengah dada

2. Cangkukkan kesemua cangkuk bermula daripada cangkuk paling bawah. Pastikan tak boleh cangkuk yang paling terkedalam, sebab if u can cangkuk hook yang paling terkedalam, itu maknanya u hafta get smaller size.
3. Betulkan kedudukan.Tarik tali pelaras untuk kemaskan the waist nipper
4. Tahan nafas dan bawa tali pelaras ke hadapan.Cangkukkan hook tali pelaras mengikut keselesaan
5. Pastikan tie back(tali-tali di belakang korset) berada betul-betul di bahagian tengah badan dan selari.

"Good Luck...Wear it and Feel it"

For Those yang belum ada premium beautiful corset & ingin merasai kehebatannya.....

Feel Free to Contact me:

- eina -
012 - 5800524

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...