Wednesday 22 May 2013

MAKANAN PERTAMA UNTUK BAYI 6 BULAN

Sejak AMMAR dah mencecah usia 7 bulan nie,..Ummi tercari-cari makanan terbaik yang boleh diberikan untuk anak kesayangan Ummi sorang nie..Setiap ibu ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak agar dapat membesar dengan sihat. So..bila search and tercari-cari maklumat sal pemakanan bayi kat google,..Ummi jumpa info kat bawah nie dari Majalah PaMa edisi elektronik...makanan yang disaran untuk bayi adalah puri...so..hari nie nak start bagi Ammar makan puri buah dulu & Ummi dah belikan buah-buahan tuk Ammar..jom sama-sama baca perkongsian nie & bagi makanan terbaik tuk anank-anak kita....













Panduan Makanan Pelengkap Bayi 6 Bulan Ke Atas

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi????

  • Bila bayi berusia 6 bulan bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan apabila memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kekenyangan
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan, dan diarhea

Garam, Gula dan Bahan Perasa

TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
Asingkan makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa untuk ahli keluarga lain.

So..tuk anak Ummi, Muhammad Ammar Danish...Ummi nak bagi Puri sebagai makanan pertama..Ummi harap Ammar suka makan...tak nak bagi Ammar makan biskut or nestum...cuba memberikan yang terbaik tuk anak kesayangan Ummi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...