Friday, 26 April 2013

Anak UMMI dah 6 Bulan

Alhamdulillah.....syukur atas nikmat Iman, Islam, Kesihatan yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T. Hidup nie cukup indah. Tambahan lagi sebagai seorang wanita yang bergelar Ibu, Isteri, Anak, Kakak & Adik....cukup sempurna hidup nie kan...agak rugi bagi sesiapa yang tidak tahu menghargai.....

Firman ALLAH S.W.T.

"Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia tidak akan terhitung." [Ibrahim:34]


 Alamak....emosi lak...hehhehe....sebenarnya nak kongsikan anak eina nie...Pejam celik, pejam celik.....dah 6 bulan rupanya putera Ummi......Muhammad Ammar Danish.....

Masa nie Ammar dalam perut Ummi lagi...dah 7 bulan
Muhammad Ammar Danish..... 1 hingga 6 bulan

Hari pertama melihat dunia..

1 Bulan

2 Bulan
3 bulan

4 Bulan

5 Bulan

6 Bulan

Alhamdulillah....TQ Allah...atas nikmat kurniaan yang Indah ini....

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. 

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. 


Membesarkan anak dengan melihat dia membesar dengan sihat dan aktif membuatkan diri lebih memahami betapa besarnya jasa yang telah dicurahkan oleh ibu bapa kita dalam membesarkan kita....

Semoga anak Ummi menjadi anak yang soleh yang mendoakan Ummi & Walid....amin...

Friday, 12 April 2013

Marine Essence Beauty Bar




Mesti Ramai yang tertanya-tanya kan ada ke SABUN KETIAK?? Sabun yang boleh cerahkan ketiak??? Mesti ramai wanita kat luar sana tercari-cari produk nie kan....Jawapannya adalah...."ADA"....namanya MARINE ESSENCE Beauty Bar....


Sabun ni saya panggil sabun ketiak sebab dapat mencerahkan bahagian pelipat-pelipat yang biasanya bila kurang diberi perhatian akan menjadi gelap dan kusam sikit kan??? Saya mempunyai masalah nie dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dan akhirnya....saya menggunakan sabun nie dan terbukti telah memutihkan celah ketiak dan paha saya yang gelap....Masalah saya akhirnya diselesaikan dengan menggunakan sabun ketiak nie tapi kena amalkan tiap-tiap hari la kan.. baru mujarab!!!

Biasanya kawasan bawak ketiak, celah paha atau tempat-tempat yang agak terselindung senang berubah jadi warna gelap kalau kita jarang sental. Kadang-kadang faktor hormon pun boleh menyebabkan kulit bahagian tu gelap jugak.

Kadang-kadang bila mengandung, bahagian tertentu akan menjadi lebih gelap. Huhuhu, kesian kat ibu-ibu mengandung kan...saya baru anak sorang..so..kena la jaga kan.. nak gune sabun-sabun lain yang banyak chemical kang takut membahayakan baby pulak kan....so...boleh gunakan sabun nie..

Sabun ni mengandungi garam buluh. Bagus untuk kulit sensitif, eczema dan sebagainya.






Bahan-Bahan Utama


Garam Buluh

- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.



Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)

- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.


Ekstrak Liquorice

- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree

- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E

- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin

- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
- Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera

- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.




Cara Guna

Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Penyimpanan

Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Perhatian

Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.








Sabun ni ade 3 bar dalam satu kotak. 1 bar boleh potong 3 bahagian kalau nak jimat atau nak cuba-cuba dulu.

Untuk percubaan, boleh beli 1 bar RM35 (Postage RM6)

Kalau nak murah beli sekotak (3 bar)-RM 105 (FREE Postage)




SMS/CALL/WASSAP me for order now:

Eina (012-580 0524)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...