Wednesday, 21 March 2012

Istimewanya WANITA kan....




Agak-agaknya kan, korang boleh teka tak kat mana gambar nie diambil….heemmmmmm….ya betul..mesti ramai wat tekaan yang tepat kan…wanita sekarang kan bijak2..hehhehe….nie gambar kat Pasar Siti Khadijah, Kelantan…..Apa yang istimewanya tentang gambar nie??????.....apa yang saya cuba nak sampaikan melalui foto nie…cuba tgok betul-betul….peniaga kat sini di monopoli oleh orang kaum wanita??....kenapa yer????????

Kalau kita tengok trend sekarang nie....ramai dikalangan kaum wanita dah menceburi perniagaan melalui internet……semakin ramai berlumba2 mencari rezeki melalui perniagaan dan memilih untuk menjadi usahawan.  Ada antara mereka bermula seawal umur 20-an dan ada pula yang berhenti kerja untuk memulakan perniagaan…..dan yang membanggakan adalah, ramai yang Berjaya…

Jadi apa kelebihan yang ada pada  kita sebagai wanita untuk menjadi usahawan??? Jom kita tgok beberapa kelebihan yang ada kat kita yang mungkin kita tak sedar selama nie...
1. Tabah
Jika seorang suami pernah melihat isteri melahirkan anak, msti tahu kan bagaimana kuasa yang ada pada seorang wanita untuk menghadapi segala keperitan dan juga kesakitan. Begitu juga dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh bangun sesuatu perniagaan.
2. Wanita sebagai Media Sosial 

Wanita nie memang terkenal sebagai ‘natural networkers’, kita nie suka sangat berbual dan berkawan dengan ramai orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan dalam hal tersebut. Kita boleh lihat bagaimana wanita menguasai facebook dan juga twitter.

3. Sabar
Dalam situasi perniagaan hari ini, kita takkan boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. kita perlu bergerak dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang terkenal sebagai individu yang sabar.
4. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan yang dibuat  adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.


5. Multi-tasking
Wanita mudah untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat yang terbaik dalam semua bidang. Cuba tgok mak kita sendiri sudah la kan..., dia mampu memasak, mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan, menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan setiap hari. Kalau amik contoh diri saya sendiri lak sebagai seorang isteri, pengajar , pelajar (tengah final semester Master in Civil Engineering) & now tgh wat business part time...   

6. Wanita pembeli terbesar
Hanya wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka memahami kehendak dan karenah pelanggan wanita. Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya wanita memahami wanita.

Sebagai info, usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki dalam bidang perniagaan.
Jadi wahai wanita-wanita diluar sana, kita tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk kita sama2 menceburkan diri dalam perniagaan. Kita mempunyai semua kelebihan yang diperlukan yang kadang-kadang kita tak sedari. Jom cungkil potensi diri.......

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...