Good morning all……saya nak kongsikan satu kisah yang menarik tuk dihayati & tuk dikongsikan bersama. Kisah nie berkisar tentang pertanyaan seorang ibu kepada anaknya…..sangat menarik…..why saya cakap
camtue... mesti semua tertanya-tanya kan...……jom sama-sama baca kisah nie……
Kisah nyer camnie........
“ Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang
paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling
penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku,
"Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku
menanyakanmu lagi nanti."
Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku
lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar.
Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua
orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu
belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang
buta."
Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari
jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali
dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke
tahun, anakku."
Akhirnya tahun lalu, datukku meninggal. Semua
keluarga bersedih. Semua menangis.
Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan
selamat tinggal pada datuk. Dia bertanya
padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting,
sayang?"
Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti
ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku. Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan
memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah
kamu sudah benar-benar "hidup".
Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu
padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu
kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di
mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya
penuh dengan airmata.
Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang
paling penting adalah BAHUMU."
Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk
menahan kepala?" Ibu membalas,
"Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau
orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.
"Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu
bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu
punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk
menangis bila- bila pun kamu memerlukannya." Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting
adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri "
Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami
oleh orang lain. Orang akan melupakan apa
yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa
yang kamu lakukan. Tetapi, orang tidak akan pernah lupa bagaimana
kamu membuat mereka bererti.
Dalam menjalani hidup kita seharian nie…..kita takkan lari dari masalah, kesedihan & kesusahan....…but....with premium beautiful bisnes nie…saya kenal
ramai kawan, & paling penting leader & kawan2 yang sentiasa sudi membantu…now i have a shoulder to cry on & to share anything…....tak kira
tentang business…..masalah, kesedihan or apa2 je…it change my life a lot…..
“ Just because the past is painful, doesn’t mean
the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever…”
Change the events for future, or You will be miserable forever…”
No comments:
Post a Comment