Pada prinsipnya, HS merupakan pendidikan alternatif yang lebih fleksibel dan menyeronokkan kerana suasana pembelajarannya tidak formal. HS lazimnya diadakan di rumah. Rumah dan segala isinya merupakan media pembelajaran. Namun, ini tidaklah bermakna mereka hanya belajar di rumah. Kanak-kanak sebenarnya HS belajar di mana-mana sahaja. Tanpa disedari HS juga memberi peluang untuk memupuk jalinan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak-anak melalui setiap aktiviti yang dilakukan bersama.
Bagaimana HS berfungsi?
Bagi mereka-mereka yang langsung tidak tahu tentang HS tentu tertanya-tanya, bagaimanakah seseorang kanak-kanak itu boleh belajar dan pandai tanpa dididik oleh guru bertauliah atau profesional? Inilah yang menariknya tentang pendidikan. Ketahuilah bahawa pendidikan boleh datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Misalnya jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara dan cuba mencari jawapannya di dalam buku atau internet lalu mempelajari tentangnya. Tanpa disedari dan secara tidak langsung, anda telah melibatkan diri dalam HS. Keadaan ini ada kalanya dikenali sebagai pendidikan berdasarkan minat dan motivasi diri sendiri. Inilah juga yang berlaku dalam HS. Kanak-kanak diajar dengan cara tersendiri iaitu berdasarkan minat mereka terhadap sesuai bidang dan terus mendalaminya dengan cara yang diingini. HS berbeza antara keluarga. Ada keluarga mendidik anak-anak berdasarkan minat mereka terhadap sesuatu topik atau perkara. Ibu bapa akan membantu anak mendalami bidang tersebut sehingga mereka benar-benar mahir tentangnya. Dalam apa juga minat seseorang kanak-kanak itu, masih ada ruang untuk mereka belajar pelbagai perkara seperti belajar matematik, sains, sejarah dan geografi. Kesemua ini semuanya digarap menjadi satu. Akhirnya apa yang kanak-kanak HS belajar sama seperti yang diterima oleh kanak-kanak di sekolah formal. Cuma caranya sahaja yang berbeza. Ada juga keluarga yang mendidik anak-anak mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran pendidikan formal yang ada di sekolah. Ibu bapa ini menggunakan buku-buku yang sama digunakan di sekolah tetapi mengajar anak dengan cara sendiri. Yang membezakan ialah pembelajaran tersebut berlaku di rumah dan bukan sekolah formal.
info nie ina amik dari http://nur.karangkraf.com/mom-s-corner/kenali-homeschooling-1.121531
Kenapa pula ina tetiba masuk topik homescooling nie ye? hihi :) .... Emmm,...anak ina first dah 3 tahun...yang 2nd dah umur 1 tahun 4 bulan...jadi ina sebenarnya ingin mencari yang terbaik buat anak-anak syurga ina. Ina tengah mengkaji dan ingin melaksanakan homescooling tuk anak-anak....tapi bukanla bermaksud ina nak tinggalkan terus pendidikan di sekolah. Cuma ina ingin memberikan pengajaran tambahan di rumah buat anak-anak syurga ina abang Ammar dan adik Isyqina...
so...mulai harinie...ina nak kongsikan info berkaitan homescooling yang akan menjadi rujukan buat ina dan juga ibu-ibu lain di luar sana...