Thursday 9 February 2012

MASA itu EMAS




Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”


Benarkah Masa Itu Emas? Sebenarnya.... masa lebih berharga daripada emas & tak boleh di samakan langsung dengan apa-apa benda kat dunia ini. Kerana……… masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali. 

Bak kata Imam al Ghazali ;

“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”

Masa itu terlalu pantas berlalu dan tiada siapa yang dapat mengejarnya sebab ianya akan terus bergerak tanpa henti, tanpa penat lelah dan juga tanpa sebarang rungutan.

Manusia ni sentiasa tewas dengan penggunaan masa. Pejam celik pejam celik, banyak masa yang dah dibazirkan tanpa melakukan apa-apa ataupun melakukan perkara yang tidak memberi faedah.

Cuba kita renung-renungkan apa yang kita dah buat untuk kejarkan masa yang begitu pantas berlalu ini?

 Adakah kita mengejar masa untuk mengubah kehidupan yang lebih selesa atau kita hanya biarkan masa yang mengubah kehidupan kita?
@
Kita sudah selesa dan hanya redha dengan keadaan sediada dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja...

jika kita begitu, sudah pasti kita seorang yang rugi dan seorang yang malas.
 
Pernahkah kita terfikir "kalau la saya dapat putarkan masa..pasti saya akan buat itu, buat ini, jadi itu, jadi ini,………bla bla…bla….....& macam-macam lagi kan"

 Kenapa kita perlu melihat sahaja KEJAYAAN dan KESENANGAN orang lain, padahal kita juga layak dan boleh jadi seperti mereka andai kita mengambil peluang dan masa yang ada di depan kita.

Ayuh kawan-kawan..jgn tunggu masa yangg mencantas kita…..rebut la peluang kejayaan di depan mata sebelum kejayaan tersebut hilang dan pergi jauh dari kita.

"Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika kita tidak berusaha untuk mengubahkannya"

-SEMOGA KEJAYAAN MENANTI KITA DI HADAPAN SANA-

By: Norfadlina (Eina)
-012.5800524-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...