Saturday, 25 February 2012

Detoks Dengan Lactolite Nurich

Baru je bis kursus kat IKRAM, Kajang Selangor 21FEB hingga 24FEB 2012...Kursus biasa la kan, orang bagi makan free &  Sedap-sedap lak tue, apa lagi makan je. Bak kata pepatah "Rezeki jangan ditolak....musuh jangan dicari".....& pastue sambung lak bercuti kt kampung sampai 28FEB 2012...makan lagi sebab mak masak sedap-sedap kan...hehheheh....makan...makan...makan......sedapnya time makan. tak ingat dah...hahahhaha....


tapi eina tak risau makan jer sebab eina ada LACTOLITE.....amek je subungkus sebelum tidur....alhamdulillah.....esok pagi senang sangat nak membuang...

LactoLite ni ialah minuman kesihatan serbuk yogurt kultur hidup dan inulin. LactoLite membantu menjaga dan membersihkan usus kita….boleh di minum oleh orang yang kurus atau besar….yg kurus tak semestinya usus bersih ye tak? Jadi, eloklah kita cuci usus kita….penangan LactoLite ni sangat hebat….


LaCToLITe
So......Apa itu detoksifikasi?

Adakah anda suka makan sehingga melupakan kesihatan diri? Pengambilan makanan secara berlebihan sebenarnya bukan sahaja membebankan sistem pencernaan, ia juga boleh menjejaskan kesihatan seperti tahap kecergasan.

Adakah anda berasa letih dan kurang bertenaga baru-baru ini? Tidur tidak lena dan badan rasa lenguh dan sakit? Penyelesaian untuk maslah anda adalah mudah, iaitu membersihkan tubuh atau detoksifikasi untuk mengeluarkan toksin dalam badan.

 Detoksifikasi adalah cara untuk membersihkan tubuh anda dengan menyeluruh dan ia perlu dilaksanakan dengan cara yang betul. Ia seharusnya dapat melaksanakan fungsi perkumuhan semula jadi tubuh, terutama apabila digabungkan bersama perubahan gaya hidup seperti mengambil makanan yang berkhasiat, meminum air dengan secukupnya, melakukan senaman secara kerap serta mempunyai tidur dan rehat yang mencukupi.

Seorang individu yang melakukan program detoksifikasi secara tetap akan rasa lebih bertenaga, kurang masalah alergi, mempunyai daya ketahanan yang lebih baik dan seterusnya menjadikan badan lebih sihat.

Detoksifikasi dengan Lactolite
  

Hanya 1 peket sehari, untuk mendapat kesan yang cepat…setiap hari memerlukan air 2-3 liter sehari

Penghadaman Baik. Badan Sihat Langkah Pencegahan untuk Menjamin Kesihatan Badan

Nurich Lacto-Lite Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup & Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan anda.
Kultur hidup terdiri daripada bakteria baik (friendly bacteria) yang berfungsi untuk membantu pencernaan, meningkatkan pergerakan usus dan kesihatan sistem penghadaman dan menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin (sejenis fiber) pula membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.
Kedua-dua kultur hidup dan inulin digunakan bersama untuk menyeimbangkan flora usus dan menggalakkan kesihatan sistem pencernaan.

Tahukah Anda ?

Terdapat bertrillion bakteria yang wujud dalam usus kita iaitu kira-kira l.5kg daripada berat badan kita sendiri. Sistem gastrousus yang sihat perlu mengandungi 80% atau lebih bakteria baik dan bakteria neutral, dan 20% atau kurang bakteria tidak baik/berbahaya. Bakteria baik meningkatkan kesihatan usus kita manakala bakteria berbahaya boleh menyebabkan kita jatuh sakit. Namun, bilangan bakteria baik semakin berkurang disebabkan fakor-faktor seperti pemakanan yang tidak seimbang, penuaan, tekanan serta pengambilan antibiotik yang berlebihan yang semakin umum sekarang. Oleh itu, sistem penghadaman kita memerlukan pertambahan probiotik.

Nurich Lacto-Lite

Minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman dan badan kita. la adalah sinbiotik yang meng-gabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik justeru meningkatkan lagi keberkesanan probiotik. la tidak mengandungi sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap). Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan kekejangan perut atau cirit-birit.

Apakah Itu Probiotik Dan Prebiotik ?

Probiotik ialah bakteria baik di dalam usus kita. la adalah penting bagi menjamin kesihatan usus kita. Prebiotik ialah makanan atau nutrisi yang diperlukan oleh probiotik untuk berkembang dan berfungsi dengan baik. Probiotik dan prebiotik boleh diperolehi dengan mudah daripada Nurich Lacto-Lite, satu lagi produk keluaran Hai-O Marketing Sdn. Bhd.

Keunikan Nurich Lacto-Lite :

Tahan terhadap asid perut dan garam hempedu.Keupayaan hidup dan mengekalkan aktiviti walaupun ketika disimpan
Kebolehan melekat pada sel usus dengan baik.
Diiktirafkan oleh FDA sebagai GRAS (“Generally Recognized as Safe”)

Bagaimana Nurich Lacto-Lite Dapat Membantu Anda ?

Menyingkirkan toksin dalam badan.
Meningkatkan metabolisme untuk mengurangkan
beban badan.
Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.
Membantu dalam penghadaman.
Membantu melegakan sembelit.
Membantu sintesis vitamin.


BILA PERUT SIHAT....BADAN PUN SIHAT...SO....APA TUNGGU LAGI....

Monday, 13 February 2012

K.E.Y.A.K.I.N.A.N DIRI








Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang kita hadapi dalam kehidupan, kita akan mencuba dengan sedaya upaya untuk membantu diri sendiri.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Beberapa Tips yang boleh dikongsikan untuk Mewujudkan keyakinan diri;
  • Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
  • Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
  • Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
  • Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
  • Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
  • Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
  • Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
  • Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
  • Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
  • Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga. 


Melalui bisnes nie...sedikit demi sedikit keyakinan tue ada......tunjuk ajar daripada leader banyak membantu...walau apapun yang dilakukan dalam hidup.....mesti YAKIN BOLEH...insya'ALLAH....


BY:.......... EiNa ........

Friday, 10 February 2012

BONUS di HARI JUMAAT




Dalam Jadual Waktu Eina sepatutnya ada Bengkel subjek Building Material kul 9-12pm nie....tapi hari nie jadual berubah sket sebab ada bacaan yasin & doa selamat tuk 5 orang pelajar KKTM Sri Gading yang akan diterbangkan ke Australia untuk menyambung pengajian disana dengan tajaan or Biasiswa MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang...bangganya......tumpang berbangga sebab pernah mencurahkan ilmu pada sebahagian pelajar ini.....smoga ILMU yang dah dicurahkan dapat digunakan sebaik yang mungkin.

8.00 am - 10.00am
Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat.
Lima orang pelajar yang terpilih: Hasmaima, Fatin, Affan, Naza & Wan Azri.....TAHNIAH.........

10.00am - 12.00 pm
Bengkel Subjek Building Material.....Heem....Task: suh dak2 nie wat Projek Pedestrian Slab. Dalam bengkel sbelum nie dah suh diorang wat formwork......alhamdulillah..masih ikut perancangan & minggu nie kerja-kerja cat minyak hitam sbelum nak Konkrit lak nanti......

Ngah Repair Formwork yang tak kemas..
Bagus...tekun wat keje..
12.15pm-2.45pm
Slalunya time nie ikut usrah...tapi takda lak hari nie


2.45pm - 5.00pm
Wat la kerja-kerja opiz yang tak habis-habis...hehehhe....

Dan yang paling best hari nie mesti la BONUS.....BONUS....BONUS............ALHAMDULILLAH tq ALLAH....


Special thanks to my leader Nur Faziha & Nur Zuraida memperkenalkan Biz nie....

sapa2 nak jadi macam sy....feel free to contact me....

By:
Norfadlina Md. Khir (Eina)
012.580 0524


Thursday, 9 February 2012

MASA itu EMAS




Firman Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”


Benarkah Masa Itu Emas? Sebenarnya.... masa lebih berharga daripada emas & tak boleh di samakan langsung dengan apa-apa benda kat dunia ini. Kerana……… masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali. 

Bak kata Imam al Ghazali ;

“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu, sungguh ia tak mungkin kembali. ”

Masa itu terlalu pantas berlalu dan tiada siapa yang dapat mengejarnya sebab ianya akan terus bergerak tanpa henti, tanpa penat lelah dan juga tanpa sebarang rungutan.

Manusia ni sentiasa tewas dengan penggunaan masa. Pejam celik pejam celik, banyak masa yang dah dibazirkan tanpa melakukan apa-apa ataupun melakukan perkara yang tidak memberi faedah.

Cuba kita renung-renungkan apa yang kita dah buat untuk kejarkan masa yang begitu pantas berlalu ini?

 Adakah kita mengejar masa untuk mengubah kehidupan yang lebih selesa atau kita hanya biarkan masa yang mengubah kehidupan kita?
@
Kita sudah selesa dan hanya redha dengan keadaan sediada dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja...

jika kita begitu, sudah pasti kita seorang yang rugi dan seorang yang malas.
 
Pernahkah kita terfikir "kalau la saya dapat putarkan masa..pasti saya akan buat itu, buat ini, jadi itu, jadi ini,………bla bla…bla….....& macam-macam lagi kan"

 Kenapa kita perlu melihat sahaja KEJAYAAN dan KESENANGAN orang lain, padahal kita juga layak dan boleh jadi seperti mereka andai kita mengambil peluang dan masa yang ada di depan kita.

Ayuh kawan-kawan..jgn tunggu masa yangg mencantas kita…..rebut la peluang kejayaan di depan mata sebelum kejayaan tersebut hilang dan pergi jauh dari kita.

"Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika kita tidak berusaha untuk mengubahkannya"

-SEMOGA KEJAYAAN MENANTI KITA DI HADAPAN SANA-

By: Norfadlina (Eina)
-012.5800524-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...