Firman
Allah dalam Surah Al Ashr (Masa) yang bermaksud:
“Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian, kecuali orang orang yang
mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan
nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”
Benarkah Masa Itu Emas? Sebenarnya.... masa lebih berharga
daripada emas & tak boleh di samakan langsung dengan apa-apa benda kat
dunia ini. Kerana……… masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali.
Bak
kata Imam al Ghazali ;
“Sesuatu yang paling jauh itu adalah masa yang telah berlalu,
sungguh ia tak mungkin kembali. ”
Masa itu
terlalu pantas berlalu dan tiada siapa yang dapat mengejarnya sebab ianya akan
terus bergerak tanpa henti, tanpa penat lelah dan juga tanpa sebarang rungutan.
Manusia ni
sentiasa tewas dengan penggunaan masa. Pejam celik pejam celik, banyak masa yang
dah dibazirkan tanpa melakukan apa-apa ataupun melakukan perkara yang tidak memberi
faedah.
Cuba
kita renung-renungkan apa yang kita dah buat untuk kejarkan masa yang begitu
pantas berlalu ini?
Adakah
kita mengejar masa untuk mengubah kehidupan yang lebih selesa atau kita hanya
biarkan masa yang mengubah kehidupan kita?
@
Kita
sudah selesa dan hanya redha dengan keadaan sediada dan membiarkan masa berlalu
begitu sahaja...
jika
kita begitu, sudah pasti kita seorang yang rugi dan seorang yang malas.
Pernahkah
kita terfikir "kalau la saya dapat putarkan masa..pasti saya akan buat
itu, buat ini, jadi itu, jadi ini,………bla bla…bla….....& macam-macam lagi
kan"
Kenapa
kita perlu melihat sahaja KEJAYAAN dan KESENANGAN orang lain, padahal kita juga
layak dan boleh jadi seperti mereka andai kita mengambil peluang dan masa yang
ada di depan kita.
Ayuh
kawan-kawan..jgn tunggu masa yangg mencantas kita…..rebut la peluang kejayaan
di depan mata sebelum kejayaan tersebut hilang dan pergi jauh dari kita.
"Sesungguh Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib seseorang itu
jika kita tidak berusaha untuk mengubahkannya"
-SEMOGA
KEJAYAAN MENANTI KITA DI HADAPAN SANA-
By: Norfadlina (Eina)
-012.5800524-
No comments:
Post a Comment