Sabtu lepas saya pegi check up & baby dah masuk 8 minggu dalam kandungan.
Allhamdulillah doktor kata semua baik....baby awak berada dalam rahim…takut gak sebab
sebelum nie slalu sakit-sakit kat bahagian rahim tue. Bila search kat internet,
ada info yang saya baca, tue tanda-tanda mengandung luar rahim…..Syukur bila DR
cakap baby berada dalam rahim & dah ada degupan jantung baby pun..…Ya
ALLAH….nie rupanya perasaan menjadi seorang IBU…..tak dapat nak gambarkan. Rasa
cam nak nangis bila DR cakap “ Tgok tue
ada degupan jantung baby awak”… Rindu mak kat kampung…..betapa besarnya
pengorbanan seorang ibu kan…
Saya sentiasa ingin memastikan yang terbaik
tuk anak saya ini. Jadi untuk memastikan tubuh dan bayi berada dalam keadaan
sihat walafiat, diet yang sihat dan seimbang adalah penting. ini kerana semua
makanan yang kita makan akan menjadi makanan bayi kita juga.
Antara zat yang penting dalam pemakanan ibu
hamil ialah:
1.
Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid
amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine andepinephrine.
Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang
mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti
yang terdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.
2.
Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat
merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid
amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin.
Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu
kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang
mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan.
Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.
3.
Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh
mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi
untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau
meminum segelas jus oren. Ia juga merupakan salah satu unsur vitamin B untuk
membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang (NTD), seperti spina bifida pada
bayi yang belum lahir.
4.
Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan,
degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh
diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.
5.
Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi
dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara
menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko
di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan
minda.
6.
Zat Besi - amat penting bagi membantu sel-sel darah merah
dalam badan manusia dan mencegah anemia. Kekurangan zat besi dikaitkan dengan
masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di
kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka.
Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di
dalam otak. Ia boleh didapati dari daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu
dan tempe.
7.
Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah
dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh
mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi
vitaminE.
8.
Kalsium - kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil
tenusu, majerin, dan keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh ibu yang
mengalami masalah kekurangan zat besi untuk membantu perkembangan gigi dan
tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau
kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kehamilan terutama pada trimester ketiga.
Malah berdasarkan kajian terhadap pesakit darah tinggi mendapati kalsium
berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit
darah tinggi ketika hamil.
9.
DHA - DHA penting terhadap perkembangan minda bayi. Ia juga
berfungi untuk memantapkan lagi pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak
dalam kandungan lagi.
Kat sini saya juga nak share satu doa yg baik diamalkan buat
ibu-ibu yang mengandung.
Moga anak dalam kandungan terpelihara, insyaAllah..….
"Ya
Allah peliharakanlah anakku selama ia berada didalam perutku, dan sihatkanlah
dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah dan
bentukkanlah dia yang ada di dalam perutku dengan rupa yang baik, dan
tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah,
keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia
sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah
panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untukmembaca Al-Quran dan hadis
dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam"..
amin............