Heemm....Sejak bakal bergelar ibu nie, teringin
plak rasanya tuk memahami dengan lebih mendalam tentang proses kejadian
manusia,. Usia kandungan pun masih diperingkat awal, jadi entri kali nie saya
nak kongsikan hasil pembacaan berkaitan dengan perkembangan fetus pada minggu
ke-4 kehamilan.
minggu 1 hingga 9 (sumber: youtube)
Source: http://www.babycenter.com.my |
Terdapat
bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus kita dan
ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang
kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah
di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga
bayi.
Tiub
saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini
membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan
tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang
awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat,
yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula
berfungsi.
SUBHANALLAH......MaHa SuCi ALLAH...
Pasnie...kita tgok plak minggu-minggu seterusnya sehinggalah proses kelahiran....
Pasnie...kita tgok plak minggu-minggu seterusnya sehinggalah proses kelahiran....
No comments:
Post a Comment