Wednesday 7 March 2012

Perkembangan Bayi (Minggu ke-4)


Heemm....Sejak bakal bergelar ibu nie, teringin plak rasanya tuk memahami dengan lebih mendalam tentang proses kejadian manusia,. Usia kandungan pun masih diperingkat awal, jadi entri kali nie saya nak kongsikan hasil pembacaan berkaitan dengan perkembangan fetus pada minggu ke-4 kehamilan.



minggu 1 hingga 9 (sumber: youtube)





Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus kita dan ia telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi. 

Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada bayi anda, sudah mula berfungsi. 



SUBHANALLAH......MaHa SuCi ALLAH...


Pasnie...kita tgok plak minggu-minggu seterusnya sehinggalah proses kelahiran....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...